CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 5, 2008

Lonely Planet Senaraikan Malaysia Antara Destinasi Pilihan Tahun Ini

Lonely Planet, buku panduan pengembaraan pilihan ramai, memilih Malaysia sebagai satu daripada destinasi terbaik dunia tahun ini, dengan destinasi tarikan pelancongan yang paling popular terletak di Pantai Timur.

Destinasi pelancongan paling popular itu termasuk taman hidupan liar Pantai Timur yang terdiri daripada Taman Negara, Tasik Kenyir, kawasan perlindungan gajah di Kuala Gandah dan juga Pusat Perlindungan Penyu Ma'Daerah di Kemaman, Terengganu, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan sekretariat Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di sini hari ini.

Merujuk kepada laman web Lonely Planet, ia menyatakan Malaysia disifatkan sebagai negara paling selesa dan bebas gangguan untuk dilawati di Asia Tenggara.

Malaysia merupakan negara yang pesat membangun serta makmur dan berbudaya pelbagai bangsa berdasarkan penyatuan semangat orang Melayu, China dan India yang menarik dan keaslian budaya dan adat resamnya.

Selain daripada mempunyai menara abad ke-21 yang berlatar belakangkan kaca yang bergemerlapan, Malaysia boleh berbangga mempunyai pantai, gunung dan taman-taman negara yang menakjubkan di Asia.

Malaysia menyertai enam lagi negara lain yang dikategorikan sebagai destinasi percutian pilihan terbaik.

Enam negara berkenaan ialah Armenia, Bhutan, Eritrea Timur Afrika, Montenegro di Serbia, Mozambique dan Papua New Guinea.

Lebih 650 tajuk buku panduan Lonely Planet telah diterbitkan di 118 negara dengan jualan tahunannya melebihi enam juta naskhah.

0 comments: